Skip to main content

Unit Khidmat Pengurusan

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN


Unit Khidmat Pengurusan merupakan unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sokongan dalam semua bidang khidmat pengurusan dan perhubungan awam dengan cekap dan berkesan di Lembaga Penasihat. Unit Khidmat Pengurusan juga bertanggungjawab dalam melaksanakan dan menguruskan hal ehwal pentadbiran, pengurusan sumber manusia, kewangan, aset dan stor, teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) serta pelaksanaan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan.