Unit Keurussetiaan merupakan unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan teras dalam pengurusan dan pelaksanaan semua bidang hal ehwal persidangan termasuk proses dokumentasi bagi pendengaran kes-kes representasi atau kajian semula di bawah undang-undang pencegahan di Lembaga Penasihat. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab untuk proses dokumentasi bagi penyediaan sepina dan maklum balas terhadap sebarang permohonan yang dibuat oleh orang tahanan atau melalui wakil orang tahanan atau peguam bela orang tahanan.