Skip to main content

Cara Membuat Representasi

Cara Membuat Representasi


  1. Orang tahanan perlu mengisi tiga (3) salinan notis Representasi Berkaitan Dengan Perintah Tahanan (Borang I/Borang 1) dengan jelas dan boleh menyatakan sama ada ingin hadir di hadapan Lembaga Penasihat secara bersendirian atau dengan diwakili oleh peguam bela untuk membuat representasi terhadap perintah tahanan ke atasnya.
  2. Apa-apa alasan bantahan/penafian terhadap perintah tahanan tersebut boleh dinyatakan dalam Borang I/Borang 1 yang sama atau dalam kertas yang berasingan dan dikepilkan sebagai helaian tambahan sekiranya ruangan Borang I/Borang 1 tidak mencukupi.
  3. Dua (2) salinan Borang I/Borang 1 yang telah dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar kepada Setiausaha Lembaga Penasihat melalui Pegawai Penjaga Daerah Polis di mana perintah tahanan itu disampaikan atau kepada Pegawai Penjaga di mana orang tahanan tersebut ditahan. 
  4. Pegawai Penjaga Daerah Polis di mana perintah tahanan itu disampaikan atau kepada Pegawai Penjaga di mana orang tahanan tersebut ditahan, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menghantar Borang I/Borang 1 yang telah dilengkapkan dengan sempurna oleh orang tahanan kepada Setiausaha Lembaga Penasihat dengan serta-merta.
  5. Sekiranya orang tahanan ada melantik peguam bela bagi mewakili dirinya, peguam bela tersebut hendaklah memaklumkan tentang pelantikannya kepada Lembaga Penasihat secara bertulis.
  6. Pengerusi Lembaga Penasihat akan menetapkan tarikh, masa dan tempat bagi representasi orang tahanan tersebut dan pemaklumannya akan dilakukan melalui Notis Pendengaran Representasi (Borang II/Borang 2) kepada orang tahanan dan peguam belanya, sekiranya ada.
  7. Orang tahanan boleh hadir secara bersendirian atau dengan kehadiran peguam belanya di hadapan Lembaga Penasihat pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.
  8. Ketika representasi dijalankan, orang tahanan atau peguam belanya boleh menyampaikan kata-kata secara lisan kepada Lembaga Penasihat bagi menguatkan atau meluaskan alasan-alasan atau sebab-sebab yang dinyatakan dalam *Borang I/Borang 1.

*Borang I dan Borang II adalah kes Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Manakala, Borang 1 dan Borang 2 adalah bagi kes Akta Pencegahan Jenayah 1959 atau Akta Pencegahan Keganasan 2015).