Skip to main content

Tentang Kami

Tentang Kami


Lembaga Penasihat merupakan satu institusi penting dalam sistem perundangan Malaysia, khususnya dalam konteks penahanan pencegahan. Lembaga Penasihat merupakan sebuah badan kuasi-kehakiman (quasi-judicial) yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang memberikan hak kepada orang yang ditahan di bawah undang-undang pencegahan untuk membuat representasi atau rayuan terhadap penahanan mereka. Lembaga Penasihat berperanan penting dalam memastikan bahawa hak asasi individu yang ditahan dilindungi dan semua prosedur di bawah undang-undang pencegahan dipatuhi.

Prosiding di hadapan Lembaga Penasihat adalah satu-satunya cara Orang Tahanan mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri, Lembaga Pencegahan Jenayah dan Lembaga Pencegahan Keganasan dari segi undang-undang dan fakta terhadap Perintah Tahanan yang dikenakan terhadapnya. 

 Visi, Misi dan Piagam Pelanggan