Perutusan Ketua Pengerusi

PERUTUSAN YANG ARIF KETUA PENGERUSI
|
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan laman web Lembaga Penasihat (LP) ini. Inisiatif ini adalah bukti komitmen LP untuk terus memodenkan perkhidmatan dan meningkatkan aksesibiliti maklumat kepada semua pihak berkepentingan, termasuk agensi Kerajaan dan orang awam.
Laman web LP ini dibangunkan sebagai platform utama untuk menyebarkan maklumat berkaitan fungsi, peranan dan aktiviti LP. Melalui laman web ini juga, semua pihak dapat: (i) memahami dengan jelas tanggungjawab LP sebagai sebuah badan separa kehakiman (quasi-judicial body) yang bebas dan adil; (ii) mengakses maklumat terkini berkaitan prosedur representasi atau rayuan di bawah undang-undang pencegahan berkaitan; dan (iii) mendapatkan rujukan penting seperti garis panduan, soalan lazim dan dokumen berkaitan.
Saya berharap laman web ini akan menjadi wadah yang efektif dalam menyampaikan maklumat yang tepat, pantas dan telus kepada semua pihak. Ini selaras dengan prinsip “Keadilan Untuk Semua” yang menjadi teras perkhidmatan LP.
Kepada pihak pengurusan laman web ini, saya menyeru agar sentiasa memastikan kandungan dikemas kini dan relevan dengan keperluan semasa. Penggunaan teknologi maklumat seperti ini adalah langkah ke arah transformasi digital yang menyokong visi Malaysia MADANI.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi medium yang menyumbang kepada kecemerlangan LP.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
YA DATO’ ANITA BINTI HARUN
KETUA PENGERUSI
LEMBAGA PENASIHAT
JABATAN PERDANA MENTERI