Pengemukaan Saksi
Pengemukaan Saksi
Lembaga Penasihat mempunyai semua kuasa sebuah mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa pengemukaan dokumen selagi mana tidak bertentangan dengan kepentingan negara.
Orang tahanan atau peguam belanya boleh memanggil saksi melalui permohonan pengeluaran sepina kepada mana-mana penjawat awam, orang tahanan/sekatan dan banduan/tahanan reman kepada Lembaga Penasihat seperti berikut:
- Permohonan sepina hendaklah dilengkapi dengan maklumat dan butiran saksi yang tepat (nama penuh, nombor kad pengenalan/pasport/badan dan alamat rumah/tempat bertugas/tempat tahanan/sekatan) serta justifikasi/sebab yang munasabah untuk memanggil saksi tersebut.
- Permohonan sepina yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Penasihat melalui e-mel atau faksimile rasmi tidak kurang dari lima (5) hari bekerja sebelum tarikh pendengaran representasi orang tahanan yang telah ditetapkan.
- Lembaga Penasihat berhak untuk menolak permohonan sepina yang tidak lengkap atau lewat/tidak cukup tempoh untuk memohon yang dikemukakan oleh pemohon tanpa sebarang syarat.
- Sepina yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat perlu dituntut secara fizikal oleh pemohon atau melalui wakil yang dilantik di Pejabat Lembaga Penasihat, Putrajaya.
- Penyerahan sepina kepada saksi perlu diuruskan dan disempurnakan sepenuhnya oleh pemohon atau melalui wakil yang dilantik sebelum pendengaran representasi dijalankan.
- Bagi urusan panggilan saksi berstatus orang awam, orang tahanan atau peguam bela tidak perlu mengemukakan permohonan sepina kepada Lembaga Penasihat. Sebaliknya, pemakluman secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Penjara Malaysia di tempat pendengaran representasi tersebut akan dijalankan bagi urusan kemasukan saksi tersebut ke dalam institusi penjara yang berkenaan.