Skip to main content

Hak Orang Tahanan

Hak Orang Tahanan


Mana-mana orang yang ditahan bawah undang-undang pencegahan berhak untuk membuat representasi terhadap perintah tahanan ke atasnya di hadapan Lembaga Penasihat selaras dengan Fasal (1)(b) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan.

Orang tahanan tersebut hendaklah disampaikan dan diterangkan kepadanya dalam bahasa yang difahami dengan seberapa segera yang praktik:

  1. Satu salinan perintah tahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri;
  2. Alasan-Alasan Penahanan (AP);
  3. Satu salinan Pengataan-Pengataan Fakta (PF) yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
  4. Hak untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan mengisi notis Representasi Berkaitan Dengan Perintah Tahanan *(Borang I/Borang 1).
*Borang I adalah bagi kes Akta Dadah Berbahaya (Langkah_Langkah Pencegahan Khas) 1985. Manakala Borang 1 adalah bagi kes Akta Pencegahan Jenayah 1959 atau Akta Pencegahan Keganasan 2015).