Cabaran Boling Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri telah diadakan dengan jayanya pada 10 Januari 2025 di Ampang Superbowl, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Pasukan dari Kumpulan C yang diketuai oleh YA Dato’ Habibah binti Mohamed Yusof telah menjuarai Cabaran Boling ini. Pemain Terbaik Keseluruhan (Lelaki) dimenangi oleh Encik Raja Mohamad Azli bin Raja Ibrahim manakala Pemain Terbaik Keseluruhan (Wanita) pula dimenangi oleh Puan Sutini binti Ismail.