Skip to main content

2025

YA Ketua Pengerusi Lembaga Penasihat telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan pada 16 Januari 2025. Turut serta dalam majlis ini ialah PKK Hamdan Salleh bin Majin (Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu), PKP Noor Sazlawati binti Zakaria (Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu) serta pegawai kanan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan.
  • IMG 2249

  • IMG 2255

  • IMG 2256

  • IMG 2264

Cabaran Boling Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri telah diadakan dengan jayanya pada 10 Januari 2025 di Ampang Superbowl, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Pasukan dari Kumpulan C yang diketuai oleh YA Dato’ Habibah binti Mohamed Yusof telah menjuarai Cabaran Boling ini. Pemain Terbaik Keseluruhan (Lelaki) dimenangi oleh Encik Raja Mohamad Azli bin Raja Ibrahim manakala Pemain Terbaik Keseluruhan (Wanita) pula dimenangi oleh Puan Sutini binti Ismail.

Majlis Amanat Ketua Pengerusi Lembaga Penasihat ini telah diadakan pada 10 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama Lembaga Penasihat. Majlis ini dihadiri oleh semua Pengerusi, Pegawai dan kakitangan Lembaga Penasihat.
  • Whats App Image 2025 04 15 At 8 58 31 AM 2

  • Whats App Image 2025 04 15 At 8 58 31 AM 3

  • Whats App Image 2025 04 15 At 8 58 31 AM 4

  • Whats App Image 2025 04 15 At 8 58 31 AM 5

Majlis ini telah diadakan pada 3 Januari 2025 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya. Majlis ini dihadiri semua pegawai dan kakitangan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri.