Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan/Maklumbalas

Peta Laman

Laman Web Rasmi
Lembaga Penasihat
JABATAN PERDANA MENTERI

Pengumuman | Hebahan

TIADA PENGUMUMAN TERKINI BUAT MASA INI.

Pengenalan Lembaga Penasihat

Lembaga Penasihat merupakan salah satu Jabatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Lembaga Penasihat adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang hanya merupakan badan yang menguruskan dari segi pentadbiran dan kewangan bagi Lembaga Penasihat, manakala Lembaga Penasihat menjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 

Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, (Perkara 149 – 151) memperuntukkan mengenai kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat.

 

Di bawah Fasal (1) Perkara 149, Parlimen berkuasa untuk menggubal Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan menghapus keganasan terancang terhadap orang dan harta dalam Malaysia.

 

Akta yang digubal di bawah peruntukan ini adalah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)  1985 (selepas ini disebut sebagai LLPK).

Lembaga Penasihat

Peranan Lembaga Penasihat

Pengumuman | Hebahan

TIADA PENGUMUMAN TERKINI BUAT MASA INI.

Objektif Lembaga Penasihat

  • Mempertimbangkan representasi Orang Tahanan yang ditahan di bawah undang-undang LLPK  dan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa 3 bulan dari tarikh penerimaan representasi dari Orang Tahanan atau dalam tempoh lebih lama yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

 

  • Mengulangkaji kes-kes Tahanan, Pelanjutan Perintah Tahanan, Penggantungan Perintah Tahanan, Penggantungan Pelanjutan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan dan Pelanjutan Perintah Sekatan. Bagi kes LLPK ulangkaji dibuat  selepas 12 bulan dari Perintah Tahanan dan Sekatan dan tidak lewat daripada 3 bulan sebelum tamat tempoh tahanan dan sekatan tersebut.

 

  • Mengemukakan laporan bertulis kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes representasi.

 

  • Mengemukakan laporan bertulis kepada YB Menteri Dalam Negeri yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes ulangkaji.

Pautan Agensi Berkaitan
Pautan Luar
Hubungi Kami

Lembaga Penasihat
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7 & 8, Blok C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia.
Telefon    : +603-8000 8000 (1MOCC)
Faksimili : +603-88883776  &  +603-88892281
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.