Friday, 20 July 2018

Mendengar Kajian Semula

Undang-undang pencegahan memperuntukan bahawa selain mendengar representasi, Lembaga Penasihat juga akan mendengar kajian semula perintah tahanan / perintah sekatan.

LLPK

  • Setiap perintah tahanan, perintah sekatan, penggantungan perintah tahanan, perlanjutan perintah tahanan, perlanjutan perintah sekatan dan perlanjutan penggantungan perintah tahanan hendaklah dikaji semula oleh Lembaga Penasihat tidak lebih awal dari dua belas bulan dari tarikh perintah itu dan tidak lewat daripada tiga bulan sebelum tempoh dalam perintah itu tamat – seksyen 11(1).
  • Menteri Dalam Negeri boleh pada bila-bila masa mengarahkan Lembaga Penasihat mengkaji semula sesuatu perintah tahanan, perintah sekatan, penggantungan perintah tahanan dan perlanjutan perintah-perintah berkenaan – seksyen 11 (1).
  • Laporan kajian semula perintah hendaklah dikemukakan segera kepada  Menteri Dalam Negeri sebelum tempoh tahanan atau sekatan itu tamat tempoh – seksyen 11(2).
  • Jika Lembaga  Penasihat berpendapat sesuatu tahanan atau sekatan itu patut dihentikan maka Menteri Dalam Negeri hendaklah membatalkan perintah tahanan atau sekatan – seksyen 11(3).
  • Jika Lembaga Penasihat berpendapat tahanan atau sekatan itu patut diteruskan, Menteri Dalam Negeri boleh meneruskan tahanan atau sekatan orang berkenaan – seksyen 11(4).

Semasa mendengar Kajian Semula Lembaga Penasihat antara lain akan meneliti perkara-perkara yang berikut:

  • Laporan Pusat Pemulihan Akhlak terhadap orang tahanan;
  • Laporan penilaian keselamatan pihak polis terhadap orang tahanan/sekatan;
  • Rekod kesalahan lampau orang tahanan/sekatan;
  • Rayuan mitigasi orang tahanan, jika ada; dan
  • Jika terdapat kejadian pelanggaran syarat penggantungan perintah/sekatan.

Pautan