Tuesday, 22 May 2018

Pengenalan Lembaga Penasihat

Lembaga Penasihat merupakan salah satu Jabatan di Jabatan Perdana Menteri. Y.B. Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk Lembaga Penasihat adalah YB Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Jabatan Perdana Menteri  hanya merupakan badan yang menguruskan dari segi pentadbiran dan kewangan bagi Lembaga Penasihat, manakala Lembaga Penasihat menjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, (Perkara 149 – 151) memperuntukkan mengenai kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat.

Di bawah Fasal (1) Perkara 149, Parlimen berkuasa untuk menggubal Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, menentang perbuatan  subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan menghapus keganasan terancang terhadap orang dan harta dalam Malaysia.  Akta yang digubal di bawah peruntukan ini adalah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)  1985 (selepas ini disebut sebagai LLPK).

Pautan