Monday, 19 November 2018

Objektif Lembaga Penasihat

  • Mempertimbangkan representasi Orang Tahanan yang ditahan di bawah undang-undang LLPK  dan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa 3 bulan dari tarikh penerimaan representasi dari Orang Tahanan atau dalam tempoh lebih lama yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
  • Mengulangkaji kes-kes Tahanan, Pelanjutan Perintah Tahanan, Penggantungan Perintah Tahanan, Penggantungan Pelanjutan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan dan Pelanjutan Perintah Sekatan. Bagi kes LLPK ulangkaji dibuat  selepas 12 bulan dari Perintah Tahanan dan Sekatan dan tidak lewat daripada 3 bulan sebelum tamat tempoh tahanan dan sekatan tersebut.
  • Mengemukakan laporan bertulis kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes representasi.
  • Mengemukakan laporan bertulis kepada YB Menteri Dalam Negeri yang mengandungi syor-syor terhadap setiap kes ulangkaji.

Pautan